Princess's Stories
Friday 1 November 2013 @ 09:21
Assalamualaikum. Saya ingin meluahkan serba serbi tentang perasaan saya yang telah lama dipendam. Nak diluah, tidak tahu pada siapa. Nak disimpan, semakin perit terasa. Baiklah, ayat saya sudah mencapai kesasteraan sedangkan PMR sudahpun sebulan berlalu. Tapi apa saya kisah. Suka hati sayalah nak sastera ke sasteri ke. Baiklah, maafkan saya jika saya memulakan sepatah dua kata dengan menyerabutkan kepala anda semua kerana saya amat teruja untuk menaip diari terbuka ini sehinggakan otak saya blank nak mula macam mana. Jadi para pembaca sekalian, harap memahami.
          Baiklah, terus kepada luahan hati saya yang agak sedih untuk dikisahkan iaitu mengenai hari terakhir persekolahan saya pada tahun 2013. Saya telah bertelingkah dengan seseorang yang disayangi dengan sepenuh hati, jiwa dan raga. Ok tu lebih sangat tapi dalam erti kata pendek, disayangi. Mahu tahu apa sebabnya? Maaf masalah itu agak peribadi untuk dikongsi. Saya cuma ingin berkongsi kesedihan saya tentang dia. Tentang sedihnya saya apabila dia menghadiahkan satu memori yang amat pahit untuk ditelan apatah lagi dirasa. Dia tidak menghiraukan saya pada masa itu, apatah lagi menegur saya, bahkan pujuk saya sekalipun jauh sekali. Saya amatlah terasa hati dengan perlakuannya terhadap saya tapi apakan daya, andainya dia tahu saya sudah lama memaafkannya walaupun hati ini masih berbekaskan luka yang dalam. Dan kerana sayang dan rindu yang masih lagi bertakhta kukuh di hati, saya meruntuhkan ego untuk berbaik semula dengannya. Saya tahu jika sesuatu ego itu tidak diruntuhkan, maka seseorang itu akan menyesal kemudian. Dan itulah pengajaran yang saya dapat melalui kesedihan saya kelmarin. 
          Selain itu, saya ingin mengungkapkan rasa kecewa dan sedih saya terhadap rakan-rakan saya yang bermacam ragam sikapnya. Saya tidak berniat untuk menceritakan keburukan mereka. Tapi saya cuma ingin mengeluarkan apa yang terbuku di hati selama setahun ini.... Saya mendiamkan diri seperti batu, seperti kayu. Mereka tidak menyedari. Mereka mempunyai kumpulan tertentu yang terdiri daripada rakan baik mereka sendiri. Saya dibiarkan sendiri. Tetapi saya amatlah bersyukur kerana masih ada rakan yang setia dengan saya iaitu Nurul Nurin Syahira dan juga Noor Maisarah. Tepukan gemuruh untuk mereka berdua yang setia dengan saya dalam mengharungi cabaran hidup. Ok terlebih sudah. Secara jujurnya, saya terasa hati dengan mereka. Siapa mereka tu biarlah antara saya dengan mereka. Saya terkilan. Terkilan terhadap sikap mereka yang berubah secara drastik. Maaflah ayat berterabur sedikit kerana saya menaip diari terbuka ini sambil melihat Super Spontan 2013. Tidak tertahan dengan lawak yang mereka lakukan. Menyelit sebentar tentang super spontan yang menggelikan hati. Baiklah berbalik kepada cerita..... Mereka memperlakukan saya seperti tidak wujud di sisi mereka. Tetapi oleh sebab saya ingin menjaga hati mereka dan tidak mahu diperkatakan sombong, maka saya menebalkan muka dengan mendekati mereka. Tetapi malangnya kewujudan saya tidak dihiraukan. Sesekali saya mencelah bagi menghidupkan suasana yang ceria dan saya bergelak tawa. Andainya mereka tahu yang saya amat rindukan kenangan terindah semasa kami berada di Tingkatan 2. Bersama bergelak tawa. Bergosip. Andainya mereka tahu saya ingin berkumpul seperti dahulu. Tiada yang diabaikan lagi. Andainya mereka tahu saya inginkan sesuatu persahabatan yang ikhlas dari hati. Andainya mereka tahu yang saya berkawan bukan untuk dipergunakan demi kepentingan mereka. Andainya mereka tahu yang saya sentiasa ingin memulakan hubungan yang lebih baik daripada sekarang. Mengapa perlu berbuat baik di depan saya? Bukannya saya tidak tahu apa yang mereka beranggapan tentang saya... Saya tahu dan saya sedih mengapa mereka tidak jujur dalam persahabatan. Bila berjumpa, bermanis muka bak madu. Bila tidak bertentang mata, mulalah mengata. Sungguh, saya mahukan sesuatu hubungan yang ikhlas. Saya amat sayangkan mereka. Sayang sangat. Banyak memori tercipta bersama mereka :')
          Sebelum saya mengakhiri penulisan yang agak kesasteraan ini, saya ingin meminta maaf kepada rakan-rakan saya yang amat disayangi andai saya tidak mampu menjadi rakan yang sempurna untuk anda semua. Ketahuilah bahawasanya, saya sentiasa ingin cuba jadi yang terbaik. Sekian terima kasih.




Ikhlas dari hati,
Wani
© Layout by yours truly, with header-image effect by Chapters. 01 02 03