Tuesday, 1 January 2013 @ 00:33
Assalamualaikum
Everyone. Selamat Tahun Baru. Semoga tahun 2013 lebih baik dari tahun
sebelumnya, InsyaAllah. Selamat kembali ke sekolah. Selamat menunaikan azam
baru awak semua x)
Tapi bagi aku, this
is new year yang menyakitkan :’) Dah 6 hari aku tunggu kau cakap sesuatu. Kau
kata nak tunggu sampai aku buat keputusan kan? Tapi bila aku dah sedia untuk
terima kau balik, ni yang kau bagi? Bila Nazu kata terima seseorang yang ada
kesungguhan dan bukan sekadar cakap nak gb, And aku harap sangat kau tak main-main.
Lepas 6 hari, aku frust, menangis, fikir keputusan yang kau tengah tunggu
sampai lupa nak makan, tapi ni yang kau tunjuk? Untuk kali keberapa entah kau
mainkan perasaan aku, sakit sangat…
Kalau macam ni kau nak
buat kat aku, kenapa kau layan aku lepas kita dah takda apa-apa? Kenapa kau
buat aku happy? Kenapa kau buat semua yang aku nak kau buat masa kita sesama
dulu? Kenapa hanya selepas dah takda apa-apa? Kau main-mainkan aku *lap
airmata*
Aku kat sini beria
salahkan diri aku sebab marah kau, terlalu cemburu, susah nak faham kau. Tapi
sebenarnya kau yang tak reti nak faham aku. Dalam masa macam ni pun kau masih
boleh buat aku kecewa. Aku menyesal sangat-sangat sebab cuba untuk buang rasa
benci kat kau. Aku menyesal sangat sebab simpan niat
untuk maafkan dan terima kau balik. Aku menyesal menangis bila teringat semua
tentang kau. Aku menyesal pernah bagi peluang untuk kau. Aku menyesal.
Tapi aku tahu, 5
bulan tu bukan masa yang sekejap kan? Sebab aku tak pernah ada hubungan lama
macam ni. Susah mungkin aku nak lupakan. Tapi kau tak. Mudah sangat bagi kau,
kan? Mudah sangat untuk lupakan semua tu. Aku tak pernah sangka sampai tahap ni
je hubungan kita. Aku tak pernah sangka yang kau tak pernah cuba untuk berubah
even dah beribu kali kau cakap nak berubah. Aku tak sangka semua yang kita nak
buat sesama tahun ni tak jadi. Aku tak sangka aku boleh percaya kau sampai
kecewakan diri sendiri. Aku tak sangka kau tak boleh tunggu aku. Aku tak sangka
kau tak pandai nak tunaikan janji…
Thank you for
everythings. Tak kisah lah benda tu baik atau buruk, just thank you. Honestly,
aku takkan buka hati aku untuk kali kedua kalau aku tahu kau takut untuk
usahakan sesuatu yang baru :’)
|